Lazada Malaysia

Rabu, 21 Januari 2015

Jalan- jalan ke Country garden Danga Bay Johor Bharu

Happy reading...semoga bermanfaat..

As salam n hai...

Jumpa lagi kan...hari ni nak cite plak pasal perjalanan ke Johor hujung minggu lepas 17/1/2015. Macam mana boleh sampai ke sana? tu la yang nak saya cerita ni..semuanya tanpa dirancang lebih awal..

Sebenarnya my mil memang berhajat nak melawat saudara dan anak buah di sana tapi di daerah senai..hari sabtu tu, lepas shopping n beli barang dapur..balik la kat rumah, kemas barang dan rehat...time nak rehat tu la terfikir..minggu depan hubby dah nak ke penang lebih kurang 3 minggu..balik dari penang plak terus nak hantar my mil balik sabah.kalau macam tu memang dah tiada masa la nak ke johor kan..waktu tu dah lebih kurang pukul 3.30 ptg..haaa....time tu la saya n hubby decide bawa mil untuk tunaikan hajatnya..kesian pula kalau tak bawa dia ke sana..

Tanpa berlengah lagi terus hubby inform mil dan anak tentang plan kami..drang pun setuju dan cepat-cepat kemas barang mana yang patut..abang iman lagi la ecxited..padahal sebelum tu nak bawa dia mandi kolam..terus reject! tangguh di lain masa..hahaha..

dah siap semua..kitaorang gerak lebih kurang pukul 4.30 ptg...sempat la inform anak buah mil di senai..saje ja bagitau tak sangka plak drang buat persiapan menyambut kedatangan kami ni..malu la pulak..menyusahkan orang satu hal...sampai sana lebih kurang pukul 9.00 malam tolak campur berhenti rehat dan solat di r&r..alhamdulillah..dah selesai rehat dan makan kami minta izin untuk ke johor bharu lebih kurang 11.00 malam masa tu..sampai sana cari hotel, simpan barang dan sempat la jalan-jalan di pasar karak..sebabnya..kami mnginap di hotel berdekatan pasar tu..tiada banyak beza
dengan pasar  di kuala lumpur dan lembah klang ..kebanyakkan jual produk yang sama..saja cuci mata..biasa la.i'm mamasai..cuci mata tu penting k..hehehe

Apa yang menarik sebenarnya..saya nak cite mengenai danga bay..tapi bukan danga bay yang biasa orang cite tu..yang ni Country Garden Danga Bay..Ha..kat depan tu nama lain sikit kan..tapi tempatnya dekat-dekat ja..nama baru so, tempat pun masih baru..banyak lagi yang tak siap sebenarnya..tapi tak siap pun tempat tu serius cantik..sesuai la dengan tagline yang drang letak" 5 star living for you" haaa..dapat bayangkan tak? nama pun 5 star mesti la cantik, mewah, megah kan..tu pun tak siap lagi..nanti dah siap sepenuhnya confirm akan jadi tumpuan utama pelancong luar..lagi-lagi orang singapore..kat dalam tu rasanya akan menjadi tempat tumpuan percutian dan shopping yang menarik..saya rasa la..nanti sama-sama tengok apa yang ada di situ..

Selain tempat yang menarik, kat situ banyak drang cipta prop2 yang menarik..amat sesuai la untuk sesiapa yang kaki gambar dan kaki selfie..haaa..macam-macam ada..

Untuk tatapan korang saya belanja gambar-gambar yang saya ambil di sana k..jom tengok!





Cantik tak? boleh la kan..masa ni..kami masuk ja..tiada bayar apa-apa pun..so, daripada tiada baik ada kan..nanti dah siap progress nya mesti lagi banyak yang menarik..ada la jugak kenangan datang ke Johor untuk kedua kalinya..walaupun masa teramat singkat masa tu..1st time datang dulu tak sempat ronda-ronda..yang ni menyempat la jugak..anak-anak pun seronok..

Cuma satu ja..masa datang kami tak tahu tempat makan yang best..so susah sikit nak cari..jadi kami makan mana tempat yang kami jumpa ja..nak mencari kan buang masa pulak..

So..itu jala la rasanya yang saya dapat kongsikan..nanti kalau rajin saya share pulak syurga shopping barang branded di johor ni ya..ala-ala oversea gitu..

c u...jumpa lagi..


Selasa, 20 Januari 2015

Kerepek Sengkuang Cina yang lemak dan crispy

Happy reading...semoga bermanfaat..

As salam n hai..

Hari ni mamasai nak share resepi...ermmm...bkn resepi, cuma nak share pengalaman mengenali dan merasai nikmat sengkuang cina.."boleh gitu ye"..

Rasanya ramai tahu kan..sengkuang cina ni banyak kegunaannya..salah satu nya adalah untuk merawat baby yang kena jaundice @ kuning..tapi saya tak jelas macam mana cara penggunaan dan kesannya kepada masalah jaundice ni..so, yang ni korang kena google k...

Nak dijadikan cerita seumur hidup baru ni saya tahu buah ni adalah sengkuang cina..sebelum ni nampak kat pasaraya atau mana-mana ingatkan bawang..ngeee.....sebab bentuknya mungkin..alkisahnya satu hari tu my pren Pn Juliyana atanayuiman(my favourite blogger) masa kami sama unit kerja, post la benda ni kat facebook..baru la tahu asal usul..lagi terkejut masa tu jue buat kerepek sengkuang cina..nampak menyelerakan dan yummy...

So, untuk sapa-sapa yang tak tahu sengkuang cina saya tunjuk ya...


Dapat la jugak buah ni masa beli barang kat mydin putrajaya..maknanya, dah nak sampai hajat untuk merasa sengkuang cina ni..sebelum nak buat kerepek tu..kupas la dulu ye..bersihkan dan hiris nipis-nipis..sebelum goreng saya cuba makan sedikit dan rasanya lemak pahit sedikit..tak tahu la pulak orang lain macam mana kn...tapi masih sedap dan masih ada rasa seperti sengkuang yang biasa kita makan tu..sengkuang yang orang buat sengkuang calit gitue..

sebelum goreng saya letak sedikit garam, untuk rasa kerepek sebenar la konon..mmmmm..memang sedap la..bila dah goreng rasa pahit tak ketara sangat..secong round, ha...dan habis sebenarnya hasil pertama tadi..hubby suka anak saya adzeem pun suka..jadinya, goreng lagi..tapi yang ni saya tak letak garam..dan rasanya sedap jugak..lemak dan crispy..serius! yang tak pernah cuba kena cuba..rugi tauuu..kredit untuk jue memperkenalkan ilmu makan ni..hehe..



Tapi kan..dengar cite..sengkuang ni..mudah didapati musim tahun baru cina sahaja..jadinya..kalau hari2 biasa susah nak jumpa la kut..kalau ada pun mungkin harga lagi mahal..
Bila dah musim tu..beli banyak-banyak sebab sikit tak cukup..kerepek macam kerepek lain jugak..bila dah makan tak ingat kan..lagi2 kalau sambil tengok tv..makan pulak beramai-ramai..

so, cuba la ya..jangan tak cuba

c u..



Khamis, 15 Januari 2015

Puding Kastard Jagung

Happy reading...semoga bermanfaat..

As salam n Hai...

Lama nya saya tidak berentry....dah mula penyakit M ni....di tambah pula dengan masalah ketandusan idea..adoiiii la mama...

tapi takpa..untuk mengisi kekosongan..(ngeeeee)..saya akan share resepi puding kastard jagung yang telah saya cuba dua kali membuatnya ya...ternyata sedap dan lemak rasanya..resepi ni antara kegemaran saya jugak..tapi tu la...kita suka kekadang orang lain tak suka..macam anak saya..dua2 tak nak makan..rasanya anak2 saya tidak suka tekstur yang lembut..lebih2 lagi abang iman yang memilih makan lagi la tak mahu..

Dan sebenarnya...resepi ni saya ambil daripada sheila rusly dlm facebook..bila google resepi lain ternyata bahan2 yang digunakan lebih kurang jugak..tak sangka jugak resepi dan cara membuatnya simple sahaja..sebelum ni tahu makan je..hehe

Bahan-bahan:

1) Tepung kastard  - 1 cawan
2) Gula                   - 3/4 cawan
3) Susu cair            - 1 1/2 cawan
4) jagung manis     - 1 cawan (cream)
5) air                       - 3 cawan


Cara-cara:

Sediakan kuali (lagi senang nak mengacau nanti) masukkan air, susu, gula dan tepung kastard. Nak masukkan jagung sekali pun boleh..gaul perlahan-lahan supaya tepung sebati dengan bahan yang lain..maksudnya supaya tepung tak bergentel bila masak nanti..bila dah sebati hidupkan api sederhana ya..

pastikan sentiasa kacau..jangan jadi berketul2..masak sampai pekat dan adunan meletup2.lebih kurang gitu la kejadiannya..pastu boleh la angkat dan sejukkan dalam loyang atau acuan..

Bila dah sejuk sikit boleh la masukkan kedalam peti sejuk untuk rasa yang lebih nyaman gitu..yang tak suka sejuk, boleh je nak terus makan.."sedap di makan begitu sahaja"




yang saya buat ni tak nampak menarik..tp boleh la untuk tekak sendiri kan...

resepi ni sesuai la kalau nak sediakan desert yang mudah dan simple..mana tahu pening tak tahu nak sediakan apa untuk tetamu kan...bahan2 pun senang ja..yang gemar puding boleh la cuba resepi ni k...

c u next entry...