Lazada Malaysia

Selasa, 20 Januari 2015

Kerepek Sengkuang Cina yang lemak dan crispy

Happy reading...semoga bermanfaat..

As salam n hai..

Hari ni mamasai nak share resepi...ermmm...bkn resepi, cuma nak share pengalaman mengenali dan merasai nikmat sengkuang cina.."boleh gitu ye"..

Rasanya ramai tahu kan..sengkuang cina ni banyak kegunaannya..salah satu nya adalah untuk merawat baby yang kena jaundice @ kuning..tapi saya tak jelas macam mana cara penggunaan dan kesannya kepada masalah jaundice ni..so, yang ni korang kena google k...

Nak dijadikan cerita seumur hidup baru ni saya tahu buah ni adalah sengkuang cina..sebelum ni nampak kat pasaraya atau mana-mana ingatkan bawang..ngeee.....sebab bentuknya mungkin..alkisahnya satu hari tu my pren Pn Juliyana atanayuiman(my favourite blogger) masa kami sama unit kerja, post la benda ni kat facebook..baru la tahu asal usul..lagi terkejut masa tu jue buat kerepek sengkuang cina..nampak menyelerakan dan yummy...

So, untuk sapa-sapa yang tak tahu sengkuang cina saya tunjuk ya...


Dapat la jugak buah ni masa beli barang kat mydin putrajaya..maknanya, dah nak sampai hajat untuk merasa sengkuang cina ni..sebelum nak buat kerepek tu..kupas la dulu ye..bersihkan dan hiris nipis-nipis..sebelum goreng saya cuba makan sedikit dan rasanya lemak pahit sedikit..tak tahu la pulak orang lain macam mana kn...tapi masih sedap dan masih ada rasa seperti sengkuang yang biasa kita makan tu..sengkuang yang orang buat sengkuang calit gitue..

sebelum goreng saya letak sedikit garam, untuk rasa kerepek sebenar la konon..mmmmm..memang sedap la..bila dah goreng rasa pahit tak ketara sangat..secong round, ha...dan habis sebenarnya hasil pertama tadi..hubby suka anak saya adzeem pun suka..jadinya, goreng lagi..tapi yang ni saya tak letak garam..dan rasanya sedap jugak..lemak dan crispy..serius! yang tak pernah cuba kena cuba..rugi tauuu..kredit untuk jue memperkenalkan ilmu makan ni..hehe..



Tapi kan..dengar cite..sengkuang ni..mudah didapati musim tahun baru cina sahaja..jadinya..kalau hari2 biasa susah nak jumpa la kut..kalau ada pun mungkin harga lagi mahal..
Bila dah musim tu..beli banyak-banyak sebab sikit tak cukup..kerepek macam kerepek lain jugak..bila dah makan tak ingat kan..lagi2 kalau sambil tengok tv..makan pulak beramai-ramai..

so, cuba la ya..jangan tak cuba

c u..



Tiada ulasan: