Lazada Malaysia

Isnin, 29 Disember 2014

Biskut famous amos pujaan hati

As salam n hai..

Gembiranya rasa hati...sebab hari ni nak share resepi biskut kegemaran saya..mesti ramai jugak yang suka biskut ni kan..??? lagi-lagi kalau lalu depan kedai famous amos..mesti rasa nak beli ja..nak makan ja..tapi bila beli tak berbaloi..sebabnya..dapat sikit ja..harga pula mahal...tak puas makan..huhu..

Lama dah berhajat nak buat sendiri..banyak google resepi biskut ni..dan akhirnya jumpa resepi dalam blog azie kitchen  yang lebih simple dan mudah..konon la..belum cuba lagi tu..hehe..tapi sebenarnya, ini adalah percubaan kedua..yang pertama tak menjadi dan dah lupa resepi ambil dari mana..kaji punya kaji..saya buat keputusan untuk membuat biskut ni sekali lagi mengikut bahan-bahan yang sedia ada di rumah..maknanya bahan dan sukatan saya ubah sedikit ya...

Bahan A

- 3/4 gula kaster (ikut suka nak manis @ kurang manis ya)
- 1/2 cawan buttercup
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 biji telur gred A (gred ni ja ada..patut gred B)
- 1/4 sk garam
- 1/2 sb susu tepung ( saya pakai susu fernleaf)
- 1/2 sk esen vanilla

Bahan B

- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 1sb serbuk koko (tiada serbuk ni saya guna milo) (diayak)
- 1sb tepung jagung (diayak)
- 1/2 sk cream of tartar
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1/2 cawan gajus (cincang kasar)
- 1/2 cawan sweet chocolate chips

Cara-caranya..

Campur semua bahan A dalam bekas dan kacau menggunakan whisk sahaja..Dalam bekas yang lain campur pula bahan B (tepung, serbuk koko, tepung jagung dan cream of tartar) yang telah diayak..
Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan spatula..Lepas tu masukkan pula gajus dan chocolate chips..anda akan dapat adunan yang agak lembik ya..tengok gambar kat bawah:


Tips:

- biji gajus saya panggang sekejap dalam oven sebelum cincang untuk rasa yang lebih garing dan sedap

- Sebaiknya masukkan adunan tu dalam fridge supaya mudah dibentuk dalam loyang pembakar sebab adunan ni sangat lembik ya..masa saya buat ni..sementara tunggu adunan keras sikit saya dengan hubby pegi beli barang dulu kat pasar darussalam p9..bukan sekejap..adalah dalam 1- 2jam..jadi maksudnya, ikut suka la berapa lama nak simpan..haha..balik tu baru saya bakar..

- Guna kan sudu kecik atau tangan ja masa letak adunan dalam dulang ya..buat kecik dan tinggi sedikit..sebab, kalau buat besar..adunan akan mengembang bila di bakar..bukan setakat besar, nanti akan bercantum dengan yang lain..so, tak nampak la bentuknya..tak jadi la biskutnya..hehe..ni, kisah benar ni..sebab ni la yang terjadi masa percubaan pertama hari tu..

********************************************************************************

Bakar adunan selama 20 minit (160 darjah) jangan lupa panaskan oven dulu ya..tapi pendapat saya nak bakar ikut kesesuaian oven sendiri..kena tengok jugak, nanti terlebih masak..hangus jadinya..

Alhamdulillah, percubaan kali ni menjadi dan hasilnya:

tadaaaa!!!

Bila bakar biskut ni..bau semerbak satu rumah..anak saya abang iman habiskan satu dulang pertama dan katanya "sedap mama" hehe..betul la tu..budak tak cakap bohong tau..dan lagi meyakinkan..bila my hubby pun suka makan dan kata sedap..yeeaayyy! saya berjaya menghasilkan biskut yang sedap dan disukai oleh family saya..
Anda pun boleh cuba buat biskut ni..simple dan sedap sangat..tak perlu beli mahal-mahal dan boleh makan puas-puas..

Cuba tau!

Jumpa lagi di entry yang lain ya...c u...




Rabu, 17 Disember 2014

Cara daftar akaun nuffnang dan masukkan iklan dalam blog


As salam n hai...

Hari ni nak share cara buat akaun nuffnang ya..mana tahu ada yang tak buat lagi kan..nak buat tapi tak tahu cara..saya pun belajar daripada kawan..saja ja nak test kebolehan sendiri boleh buat atau tidak..ternyata saya berjaya..dan tak salah la sekiranya saya kongsikan ilmu yang saya dapat kan???

Mesti ada yang tak tahu lagi kan..so, jangan susah hati..saya akan kongsikan cara-caranya step by step..tapi maaf la kalau apa yang saya share ada yang tak dapat faham dan kurang jelas ya..harapnya bermanfaat la..hehe..

So..jangan buang masa..

-langkah pertama korang mesti la daftar akaun dekat nuffnang dulu..boleh pegi ke website ni ya:

http://www.nuffnang.com.my/




-Akan keluar screen macam ni..korang klik join nuffnang ya..jangan tak klik..pastu akan keluar screen ni pulak

-haha..maaf la gambar diambil oleh saya yang profesional ni..so, tak jelas sangat..tapi harap boleh bagi gambaran k..isi semua maklumat yang diperlukan sampai finish dan akan keluar account activation..pastu..bukak email dan akan dapat satu link untuk aktifkan akaun..

Bila akaun dah aktif boleh la log in kat nuffnang macam screen kat bawah ni...


Bila dah log in akan jumpa pulak screen ni dan klik manage blog..


Bila dah klik akan keluar pula screen yang ni ya..


terdapat dua aplikasi ya..tapi kita pilih add ad unit sebab yang mobile tu untuk aplikasi mobile..
Bila dah klik akan keluar tiga jenis type (maksudnya rupa bentuk iklan yang kita nak masukkan dalam blog) lebih kurang gitu la bahasa senangnya..haraf faham ya..hehe..so, korang akan jumpa screen macam ni..


Pilih mana satu yang korang nak buat dulu ya..klik kat icon bulat kecik tu..nampak tak? lepas dah klik, akan terpapar link yang korang kena copy paste..(kat sini part paling penting k) rupa bentuk link tu macam ni..


Lepas dah copy..pegi kat blog korang cari layout pilih icon add gadget..dapat tak? 
klik pula html/java script.




Bila dah klik, copy paste saja link yang korang copy tadi dan jangan lupa save..and done!
Maknanya kerja korang dah siap...view blog akan keluar la iklan macam ni...


Yang atas ni satu contoh ja ye..kalau pilih tiga2 jenis tu akan keluar la tiga bentuk iklan dalam blog korang..

Jadi..amacam? senang ja kan..saya yang tak bertauliah dalam selok belok blog ni pun boleh la kiranya(ada nada isi bakul ke disitu?)...mesti korang lagi boleh..haha

cuba jangan tak cuba k...yang rajin update blog tu boleh manfaatkan nuffnang ni untuk menjana pendapatan sampingan..jangan tak tahu...
So, harap entry kali ni dapatla memberi sedikit manfaat kepada korang ye..

Jumpa lg..c u..







Isnin, 15 Disember 2014

Siakap Tiga Rasa Sempoi..

As salam n hai...

Ha..jumpa lagi...!!! berapa hari sudah tidak update blog kan...mulai suda datang penyakit malas aka hangat-hangat tahi ayam...huhu
Tapi tidak apa..kali ni saya share resepi yang rata-rata digemari ramai untuk menu berasaskan ikan...ikan apa? ikan siakap cikgu..hehe..

Kalau di sabah rasanya jarang jumpa and makan ikan ni..tidak pasti jugak ada ka tidak..tinggal lama di bumi semenanjung ni baru la merasa ikan siakap ni..my cinta hati aka papa iman pun suka makan..bagi saya ikan siakap ni adalah antara ikan yang murah dan mudah untuk didapati di pasaran semenanjung ni..bekalan pun fresh jugak..sebab tu sekarang pandai makan ikan siakap..yang penting murah n freshhh..

Tapi saya tidak pasti ikan ni ikan air tawar atau ikan laut..korang google ar..jangan malas macam saya..haha! pandai makan saja..sebab apa..ikan ni kalau salah teknik penyediaanya akan rasa lebih hanyir tau..nanti saya share ar..cara untuk hilangkan bau dia..

banyak cakap pula..saya kasi resepi yang saya olah sendiri ya..

Bahan-bahan:

1) Ikan siakap sederhana besar - 1 ekor
2) Bawang putih 2/3 bji
3) 2 batang serai - hiris nipis @ diketuk
4) 1inc halia - hiris nipis @ diketuk
5) sedikit belacan
6) cili - ikut suka nak banyak mana - potong halus
7) 1 biji tomato - potong dadu
8) 1/2 biji timun - potong dadu
9) 1/2 batang lobak merah - potong dadu
10) sedikit cauliflower / bunga kobis -potong kecik
11) sos cili & sos tomato (ikut rasa yang sesuai)



Cara - caranya:

- kena goreng ikan dulu..tp sebelum tu ikan siakap yang telah dibersihkan hendakla digaul dengan kunyit, sedikit garam dan perahan air limau..lepas tu, letak sedikit tepung jagung keseluruh badan n perut ikan..perap sekejap..baru goreng dalam minyak penuh ya..in sha Allah ikan tak kan hanyir..malahan ikan yang digoreng akan lebih rangup...yummy!!! 

ni ikan yang saya sudah goreng...opsss! sedikit hangus layan whatsapp punya pasal..bukan menyanyi di dapur ar..hehe
abaikan bekas untuk letak ikan tu ye...


Seterusnya cara membuat sos ikan:

macam biasa tumis bawang sehingga naik bau..masukkan belacan, halia dan serai..masukkan sedikit air..sos cili n tomato..masukkan lobak, sehingga lembut sedikit..masa ni bolehla masukkan perasa ya..nak masin masam n maniskan...ha..sendiri adjust..bila sos sudah mendidih..masukkan la..bahan-bahan seperti timun, bunga kobis, cili dan tomato sampai agak dah masak boleh la angkat dan dihidangkan...

Simple and sedap....tadaaa!!! siakap tiga rasa saya yang meriah dengan sayur - sayuran...



Jadi, boleh la cuba sendiri ya..sebab mudah saja ni..tak perlu bayar mahal-mahal makan dikedai..bayar mahal tidak sedap pula kan..kalau masak sendiri lebih kenyang dan puas hati

So, cuba la ya...masakkan untuk orang tersayang demi kepuasan diri sendiri..

c u..next entry...




Selasa, 2 Disember 2014

Nasi goreng atkins yang simple dan sedap

As salam n hai...

Ramai ke yang diet atskin?
Hehe..bila buat atskin..so, tak boleh la makan nasi kan? rindu la dengan nasi kan..dari kecik sampai besar sihat ni sebab nasi la..tiba-tiba terpaksa melupakan nasi..OMG!!! tak sanggup wei....

Betul ke? macam tak boleh hidup la tanpa nasi..tapi macam mana nak berjaya buat atskin???

Ha..jangan risau k..anda masih boleh makan nasi banyak mana pun..mengikut keperluan perut anda...sekali lagi saya maklumkan..anda masih boleh makan nasi ya..jangan risau..
Kat entry ni saya akan kongsikan kepada anda cara nak buat nasi goreng atskin ya..menu ni boleh baca kat facebook kelab diet atskin atau pun google je..mst banyak la boleh cari..

Bahan-bahannya: (mengikut olahan dan selera saya sendiri)

1) Bunga kobis/cauliflower yang dipotong atau disagat halus
2) udang basah (suka hati nak letak banyak mana..saya letak 4 ekor + goreng sekejap)
3) sedikit isi ayam (potong dadu + goreng separuh masak)
4) sedikit ikan bilis (goreng garing)
5) cili padi (suka hati nak banyak mana) 
6) bawang putih untuk menumis
7) telur sebiji 



Cara memasak:

- Seperti biasa tumis bawang dan cili hingga naik bau, masukkan ayam, udang dan bunga kobis (tumis sehingga bunga kobis lembut sedikit)
- pastu..pecahkan telur dan gaul rata, masukkan sedikit garam..jangan takde rasa pulak..ikan bilis pun penambah rasa jgk ya..jangan terlebih rasa masin k..
- last sekali, masukkan ikan bilis yang telah sedia di goreng dan gaul sekejap sahaja supaya ikan bilis tetap garing...
- Siap! sedia untuk di hidang..boleh la di hias mengikut selera anda..

Nasi goreng saya sedia untuk di makan...!!!


Alhamdulillah..rasa sama seperti nasi dan sedap di makan..kenyang dan lepas la jugak gian rindu kan nasi tu..

So, anda boleh la mencuba resepi ni..takde la bosan dengan resepi sehari-hari kan..
go atskin! dan variasi kan menu anda..jangan cheat k...hehe

p/s : atskin tapi on off..macam mana tu??? bila la nak kurus..huhu

c ya..jumpa lagi di entry akan datang..


Khamis, 27 November 2014

Program menarik sempena cuti sekolah di Putrajaya

As salam n Hai...

Agak2 banyak ke program yang dirancang sempena cuti sekolah anak-anak ni? Kita-kita yang bergelar ibu bapa ni mesti dah plan kan...ke..ada yang tak plan lagi? ataupun tak plan apa pun? Alahai...jangan la jadi gitu kan...sekurang-kurangnya rancang la aktiviti untuk mengisi masa lapang anak-anak..Mesti drang seronok macam kawan-kawan yang lain..bila buka sekolah ada la jugak benda nak cerita dengan kawan sekolah..Ataupun..jadi bahan untuk karangan..mana la tahu cikgu suh cerita pengalaman cuti sekolah kan..."ada ke lagi tajuk karangan sebegitu zaman sekarang ni?"haha..itu zaman sekolah saya dulu..huhuhu..sedih nak mengingatkan..
tak perlu sebenarnya kita rancang untuk ke tempat-tempat yang mahal, jauh dan memerlukan kos yang tinggi..Di Malaysia ni..kat mana2 ada tempat bercuti ataupun menyediakan aktiviti riadah bersama keluarga..

Ok. berbalik kepada program cuti sekolah..minggu lepas..kat putrajaya ni..berlangsung karnival Upin&Ipin kat PICC 21-23/11/2014..mesti ramai yang dah datang kan...sanggup menempuhi kesesakan yang tak terkata masa tu..anak saya pun pegi 2 kali tau..haaa....excited tengok Upin&ipin Live...tu baru minggu pertama cuti sekolah..takpe la dekat rumah ja pun..at least anak puas hati..
Selain tu, minggu lepas berlangsung jugak perlumbaan Formula E..ada yang datang tak? Datang mesti beli tiket kan..untuk yang minat tengok lumba-lumba keta boleh la..kita tak minat so, tak pegi..hehe

ha..ni yang nak info ni..kat putrajaya ni banyakkkk lagi program la..
Antaranya:
1) Asyik@Marina Putrajaya

Kat sini anda boleh menyaksikan Air Pancut Berirama yang pertamanya di Malaysia..selain tu boleh menikmati hiburan dan aktiviti seperti karaoke, badut, kereta bateri dan banyakkk lagi..anak-anak mesti suka la..kita pun seronok..ye tak? yang ni bermula 22/11/14 lagi sebenarnya..6ptg hingga 11mlm setiap sabtu sahaja..so, boleh la tengok mana hari sabtu yang terluang ye..




2) Riding School @Presint 5

Haaa...yang ni untuk anak-anak yang sukakan kuda dan suka menunggang kuda boleh lah menyertai aktiviti ni.. aktiviti ni setiap hari kecuali hari isnin dan di buat dua sesi.banyak jugak aktiviti berkaitan kuda yang dijalankan..mengikut pakej dan kemampuan masing-masing..Untuk yang berminat boleh baca detail kat bawah ni..sebab kita tak minat..hihu..kurang-kurang boleh la bagi info sedikit ye..jangan marah..

3)T.E.P Mahabbah Horse carnival

yang ni pun berkaitan kuda jugak..29&30hb ni..jangan terlepas peluang ni..masuk adalah percuma..banyak jugak aktiviti yang melibatkan kanak-kanak..macam bestttt je kan..pengalaman baru dan lain dari yang lain untuk anak-anak..competition untuk kanak-kanak pun ada..untuk lebih lanjut boleh la hubungi pihak yang berkaitan ye..


4) Putrajaya parents & baby carnival 2014

Ngeeee..ini part yang paling seronok ni..saya pun suka..ibu-ibu yang lain mesti suka kan????lagi-lagi la ibu yang baru dapat baby dan suka tengok barang baby..hati mesti terhibur la..itu la nikmat menjadi wanita dan ibu..sukar untuk dijelaskan..tapi "shopping dan wanita jangan dipisahkan.." falsafah baru tu..So, jangan lupa ye ibu-ibu semua 28-30 Nov ni..PICC...


Banyak lagi aktiviti yang berlangsung di putrajaya ni..kalau nak lebih lagi info boleh la lawat website/facebook perbadanan putrajaya. Boleh la ibu bapa rancang masa dan budget mengikut kemampuan..yang penting anak kita seronok dan belajar sesuatu yang berfaedah..

Nampaknya itu je la..entry kali ni..harap dapat la memberi sedikit sebanyak info ye..
Selamat datang dan selamat bercuti ke putrajaya....

C u...jumpa lagi..

Isnin, 24 November 2014

Shopping @ Nile.Com.my

As salam n Hai....

Holla! ha..jumpa lagi kan.....
Ingat tak, minggu lepas saya cite pasal window shopping kat.Nile.com..
Bukan setakat window shopping..dengan tak sengaja teroder sesuatu..hehehe..
Order hari khamis..jumaat abg GDEX dah kol..ingatkan dah sampai kat depan pintu rumah..rupanya telefon sebab tanya alamat lengkap..Ha??? saya tak bagi alamat lengkap ke...

Drang inform jumaat tu tak dapat hantar sebab banyak jalan tutup kat putrajaya ni sempena perlumbaan formula e...hmmmm..xpe la..deal dgn drang datang hantar hari isnin sebab sabtu ahad saya mo gi jalan2...hehe

Tapi!!! dengan ku tak sangka..hari sabtu Gdex telefon lg..katanya dah ada depan rumah..Makkk..saya di alamanda ni..sebelum tu Nile.com.my telefon juga tanya pasal alamat..bagus la shopping dengan Nile..prihatin dengan customer...Sebab tak sabar..deal lg dengan Gdex..kasi letak jala tu barang depan pintu..itu abg Gdex pun setuju owhhh..sebab dia pun malas mau berulang la tu.." Nasib la kalau tu barang tak hilang" huhu..

Alhamdulillah..balik rumah tu barang still ada dekat pintu..kalau hilang mati la saya.fuhhhh.sebabnya order sekali dengan my pren K. Mar..

Panjang betul saya punya entry kan..bla la mau cakap saya order barang apa..haha

Tadaaaaa!!! ini la yang saya order..cantik ka?

formal jacket suit

Ternyata..hasilnya secantik yang digambarkan..nasib baik..
kain pun cantik..yang paling penting adalah murah!!! RM 29.90 only..tak dapat harga ni kat kedai la..i tell u...
kenapa saya beli? mau pakai di office selain boleh mengcover keadaan sejuk yang kadang2 tidak boleh tahan tu..dan nampak kemas dalam kesejukan...kan???

Wah...macam mau promo Nile.com pulak ni..tp serius harga murah2 dan cantik..kadang2 offer sangat2 murah berbanding kedai online yang lain..Ni sebab baca entry felixiya yeap la ni..dia shopping kat situ dan salah seorang model nya..

Bah..ok la..cau dulu ya..nanti jumpa lagi di entry seterusnya..

p/s; hati2 shopping online ye....

Khamis, 20 November 2014

Temuduga penolong pegawai pendaftaran kp 27

As salam n hai....

Bedebar pula hati ni..semakin hampir waktunya semakin la rasa jantung macam mau tercabut..
Ngeee....(agak2 boleh tercabut ka tu?) hehe..
Esok 21/11/2014 adalah percubaan ke 2 untuk jawatan ni..apa la nasib kali ni..huhu
yang penting jangan la panel soal yg susah2..
Susah kenapa? hehe..sebab tidak baca la...
baca sekejap..tgok whatsapp..baca lg..tgok facebook..baca lg..window shopping online pula..
hr ni..bukan setakat window shopping..sempat la juga beli sesuatu...ngee...nant kta cite k..
hasilnya..satu apa pun x ingat..uwwwwaaaaa!!!!

Ada la dgr2 drpd org yg sudah ditemuduga..antara soalan2 umum yg ditanya..berkaitan RCI, ESscomm, berkaitan akta dan peraturan tu wajib la..banyakkan? boleh ka tu baca semua..
Bingung ni...
Kalau tidak dapat jawab tu..salah sendiri la kan..tp harap2 la dipermudahkan..Amiinnn..

Apa2 pun mulakan dengan bismillah dan semoga dipermudahkan
Untuk semua yg bakal menghadapi temuduga juga..semoga berjaya k..kalau rezeki tak kn kemana..
kalau tak berjaya cuba lagi...hihu..

jumpa lg ya..c u...

Rabu, 19 November 2014

Terciptanya blog sendiri...

As salam...
fuhhhh...ada hati jugak mau buat blog sendiri kan...
Hari bersejarah ni..19/11/2014 bersamaan hari rabu
saja ja sebenarnya...mana tahu boleh jadi blogger yang champion kan?
kalau tidak jadi blogger pun..nanti anak-anak tercinta boleh baca blog mama..hihu.. kn..dzalaidy & dzaladzeem..mama love both of u..
tiada idea lagi untuk dimuatkan..tapi nanti la bila2 ada perkongsian saya akan kongsikan di sini.
Harap2 ada la kerajinan tu..jangan mcm sebelum ni..cipta blog hari ni..esok dan seterusnya biar macam tu ja..
Bah..jumpa dicatatan seterusnya nya ah..tunggu!!!