Lazada Malaysia

Khamis, 15 Januari 2015

Puding Kastard Jagung

Happy reading...semoga bermanfaat..

As salam n Hai...

Lama nya saya tidak berentry....dah mula penyakit M ni....di tambah pula dengan masalah ketandusan idea..adoiiii la mama...

tapi takpa..untuk mengisi kekosongan..(ngeeeee)..saya akan share resepi puding kastard jagung yang telah saya cuba dua kali membuatnya ya...ternyata sedap dan lemak rasanya..resepi ni antara kegemaran saya jugak..tapi tu la...kita suka kekadang orang lain tak suka..macam anak saya..dua2 tak nak makan..rasanya anak2 saya tidak suka tekstur yang lembut..lebih2 lagi abang iman yang memilih makan lagi la tak mahu..

Dan sebenarnya...resepi ni saya ambil daripada sheila rusly dlm facebook..bila google resepi lain ternyata bahan2 yang digunakan lebih kurang jugak..tak sangka jugak resepi dan cara membuatnya simple sahaja..sebelum ni tahu makan je..hehe

Bahan-bahan:

1) Tepung kastard  - 1 cawan
2) Gula                   - 3/4 cawan
3) Susu cair            - 1 1/2 cawan
4) jagung manis     - 1 cawan (cream)
5) air                       - 3 cawan


Cara-cara:

Sediakan kuali (lagi senang nak mengacau nanti) masukkan air, susu, gula dan tepung kastard. Nak masukkan jagung sekali pun boleh..gaul perlahan-lahan supaya tepung sebati dengan bahan yang lain..maksudnya supaya tepung tak bergentel bila masak nanti..bila dah sebati hidupkan api sederhana ya..

pastikan sentiasa kacau..jangan jadi berketul2..masak sampai pekat dan adunan meletup2.lebih kurang gitu la kejadiannya..pastu boleh la angkat dan sejukkan dalam loyang atau acuan..

Bila dah sejuk sikit boleh la masukkan kedalam peti sejuk untuk rasa yang lebih nyaman gitu..yang tak suka sejuk, boleh je nak terus makan.."sedap di makan begitu sahaja"




yang saya buat ni tak nampak menarik..tp boleh la untuk tekak sendiri kan...

resepi ni sesuai la kalau nak sediakan desert yang mudah dan simple..mana tahu pening tak tahu nak sediakan apa untuk tetamu kan...bahan2 pun senang ja..yang gemar puding boleh la cuba resepi ni k...

c u next entry...

Tiada ulasan: