Lazada Malaysia

Selasa, 2 Disember 2014

Nasi goreng atkins yang simple dan sedap

As salam n hai...

Ramai ke yang diet atskin?
Hehe..bila buat atskin..so, tak boleh la makan nasi kan? rindu la dengan nasi kan..dari kecik sampai besar sihat ni sebab nasi la..tiba-tiba terpaksa melupakan nasi..OMG!!! tak sanggup wei....

Betul ke? macam tak boleh hidup la tanpa nasi..tapi macam mana nak berjaya buat atskin???

Ha..jangan risau k..anda masih boleh makan nasi banyak mana pun..mengikut keperluan perut anda...sekali lagi saya maklumkan..anda masih boleh makan nasi ya..jangan risau..
Kat entry ni saya akan kongsikan kepada anda cara nak buat nasi goreng atskin ya..menu ni boleh baca kat facebook kelab diet atskin atau pun google je..mst banyak la boleh cari..

Bahan-bahannya: (mengikut olahan dan selera saya sendiri)

1) Bunga kobis/cauliflower yang dipotong atau disagat halus
2) udang basah (suka hati nak letak banyak mana..saya letak 4 ekor + goreng sekejap)
3) sedikit isi ayam (potong dadu + goreng separuh masak)
4) sedikit ikan bilis (goreng garing)
5) cili padi (suka hati nak banyak mana) 
6) bawang putih untuk menumis
7) telur sebiji 



Cara memasak:

- Seperti biasa tumis bawang dan cili hingga naik bau, masukkan ayam, udang dan bunga kobis (tumis sehingga bunga kobis lembut sedikit)
- pastu..pecahkan telur dan gaul rata, masukkan sedikit garam..jangan takde rasa pulak..ikan bilis pun penambah rasa jgk ya..jangan terlebih rasa masin k..
- last sekali, masukkan ikan bilis yang telah sedia di goreng dan gaul sekejap sahaja supaya ikan bilis tetap garing...
- Siap! sedia untuk di hidang..boleh la di hias mengikut selera anda..

Nasi goreng saya sedia untuk di makan...!!!


Alhamdulillah..rasa sama seperti nasi dan sedap di makan..kenyang dan lepas la jugak gian rindu kan nasi tu..

So, anda boleh la mencuba resepi ni..takde la bosan dengan resepi sehari-hari kan..
go atskin! dan variasi kan menu anda..jangan cheat k...hehe

p/s : atskin tapi on off..macam mana tu??? bila la nak kurus..huhu

c ya..jumpa lagi di entry akan datang..


Tiada ulasan: