Lazada Malaysia

Khamis, 27 November 2014

Program menarik sempena cuti sekolah di Putrajaya

As salam n Hai...

Agak2 banyak ke program yang dirancang sempena cuti sekolah anak-anak ni? Kita-kita yang bergelar ibu bapa ni mesti dah plan kan...ke..ada yang tak plan lagi? ataupun tak plan apa pun? Alahai...jangan la jadi gitu kan...sekurang-kurangnya rancang la aktiviti untuk mengisi masa lapang anak-anak..Mesti drang seronok macam kawan-kawan yang lain..bila buka sekolah ada la jugak benda nak cerita dengan kawan sekolah..Ataupun..jadi bahan untuk karangan..mana la tahu cikgu suh cerita pengalaman cuti sekolah kan..."ada ke lagi tajuk karangan sebegitu zaman sekarang ni?"haha..itu zaman sekolah saya dulu..huhuhu..sedih nak mengingatkan..
tak perlu sebenarnya kita rancang untuk ke tempat-tempat yang mahal, jauh dan memerlukan kos yang tinggi..Di Malaysia ni..kat mana2 ada tempat bercuti ataupun menyediakan aktiviti riadah bersama keluarga..

Ok. berbalik kepada program cuti sekolah..minggu lepas..kat putrajaya ni..berlangsung karnival Upin&Ipin kat PICC 21-23/11/2014..mesti ramai yang dah datang kan...sanggup menempuhi kesesakan yang tak terkata masa tu..anak saya pun pegi 2 kali tau..haaa....excited tengok Upin&ipin Live...tu baru minggu pertama cuti sekolah..takpe la dekat rumah ja pun..at least anak puas hati..
Selain tu, minggu lepas berlangsung jugak perlumbaan Formula E..ada yang datang tak? Datang mesti beli tiket kan..untuk yang minat tengok lumba-lumba keta boleh la..kita tak minat so, tak pegi..hehe

ha..ni yang nak info ni..kat putrajaya ni banyakkkk lagi program la..
Antaranya:
1) Asyik@Marina Putrajaya

Kat sini anda boleh menyaksikan Air Pancut Berirama yang pertamanya di Malaysia..selain tu boleh menikmati hiburan dan aktiviti seperti karaoke, badut, kereta bateri dan banyakkk lagi..anak-anak mesti suka la..kita pun seronok..ye tak? yang ni bermula 22/11/14 lagi sebenarnya..6ptg hingga 11mlm setiap sabtu sahaja..so, boleh la tengok mana hari sabtu yang terluang ye..




2) Riding School @Presint 5

Haaa...yang ni untuk anak-anak yang sukakan kuda dan suka menunggang kuda boleh lah menyertai aktiviti ni.. aktiviti ni setiap hari kecuali hari isnin dan di buat dua sesi.banyak jugak aktiviti berkaitan kuda yang dijalankan..mengikut pakej dan kemampuan masing-masing..Untuk yang berminat boleh baca detail kat bawah ni..sebab kita tak minat..hihu..kurang-kurang boleh la bagi info sedikit ye..jangan marah..

3)T.E.P Mahabbah Horse carnival

yang ni pun berkaitan kuda jugak..29&30hb ni..jangan terlepas peluang ni..masuk adalah percuma..banyak jugak aktiviti yang melibatkan kanak-kanak..macam bestttt je kan..pengalaman baru dan lain dari yang lain untuk anak-anak..competition untuk kanak-kanak pun ada..untuk lebih lanjut boleh la hubungi pihak yang berkaitan ye..


4) Putrajaya parents & baby carnival 2014

Ngeeee..ini part yang paling seronok ni..saya pun suka..ibu-ibu yang lain mesti suka kan????lagi-lagi la ibu yang baru dapat baby dan suka tengok barang baby..hati mesti terhibur la..itu la nikmat menjadi wanita dan ibu..sukar untuk dijelaskan..tapi "shopping dan wanita jangan dipisahkan.." falsafah baru tu..So, jangan lupa ye ibu-ibu semua 28-30 Nov ni..PICC...


Banyak lagi aktiviti yang berlangsung di putrajaya ni..kalau nak lebih lagi info boleh la lawat website/facebook perbadanan putrajaya. Boleh la ibu bapa rancang masa dan budget mengikut kemampuan..yang penting anak kita seronok dan belajar sesuatu yang berfaedah..

Nampaknya itu je la..entry kali ni..harap dapat la memberi sedikit sebanyak info ye..
Selamat datang dan selamat bercuti ke putrajaya....

C u...jumpa lagi..

Tiada ulasan: