Gembiranya rasa hati...sebab hari ni nak share resepi biskut kegemaran saya..mesti ramai jugak yang suka biskut ni kan..??? lagi-lagi kalau lalu depan kedai famous amos..mesti rasa nak beli ja..nak makan ja..tapi bila beli tak berbaloi..sebabnya..dapat sikit ja..harga pula mahal...tak puas makan..huhu..
Lama dah berhajat nak buat sendiri..banyak google resepi biskut ni..dan akhirnya jumpa resepi dalam blog azie kitchen yang lebih simple dan mudah..konon la..belum cuba lagi tu..hehe..tapi sebenarnya, ini adalah percubaan kedua..yang pertama tak menjadi dan dah lupa resepi ambil dari mana..kaji punya kaji..saya buat keputusan untuk membuat biskut ni sekali lagi mengikut bahan-bahan yang sedia ada di rumah..maknanya bahan dan sukatan saya ubah sedikit ya...
Bahan A
- 3/4 gula kaster (ikut suka nak manis @ kurang manis ya)
- 1/2 cawan buttercup
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 biji telur gred A (gred ni ja ada..patut gred B)
- 1/4 sk garam
- 1/2 sb susu tepung ( saya pakai susu fernleaf)
- 1/2 sk esen vanilla
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 1sb serbuk koko (tiada serbuk ni saya guna milo) (diayak)
- 1sb tepung jagung (diayak)
- 1/2 sk cream of tartar
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1/2 cawan gajus (cincang kasar)
- 1/2 cawan sweet chocolate chips
Cara-caranya..
Campur semua bahan A dalam bekas dan kacau menggunakan whisk sahaja..Dalam bekas yang lain campur pula bahan B (tepung, serbuk koko, tepung jagung dan cream of tartar) yang telah diayak..
Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan spatula..Lepas tu masukkan pula gajus dan chocolate chips..anda akan dapat adunan yang agak lembik ya..tengok gambar kat bawah:
Tips:
- biji gajus saya panggang sekejap dalam oven sebelum cincang untuk rasa yang lebih garing dan sedap
- Sebaiknya masukkan adunan tu dalam fridge supaya mudah dibentuk dalam loyang pembakar sebab adunan ni sangat lembik ya..masa saya buat ni..sementara tunggu adunan keras sikit saya dengan hubby pegi beli barang dulu kat pasar darussalam p9..bukan sekejap..adalah dalam 1- 2jam..jadi maksudnya, ikut suka la berapa lama nak simpan..haha..balik tu baru saya bakar..
- Guna kan sudu kecik atau tangan ja masa letak adunan dalam dulang ya..buat kecik dan tinggi sedikit..sebab, kalau buat besar..adunan akan mengembang bila di bakar..bukan setakat besar, nanti akan bercantum dengan yang lain..so, tak nampak la bentuknya..tak jadi la biskutnya..hehe..ni, kisah benar ni..sebab ni la yang terjadi masa percubaan pertama hari tu..
********************************************************************************
Bakar adunan selama 20 minit (160 darjah) jangan lupa panaskan oven dulu ya..tapi pendapat saya nak bakar ikut kesesuaian oven sendiri..kena tengok jugak, nanti terlebih masak..hangus jadinya..
Alhamdulillah, percubaan kali ni menjadi dan hasilnya:
tadaaaa!!!
Bila bakar biskut ni..bau semerbak satu rumah..anak saya abang iman habiskan satu dulang pertama dan katanya "sedap mama" hehe..betul la tu..budak tak cakap bohong tau..dan lagi meyakinkan..bila my hubby pun suka makan dan kata sedap..yeeaayyy! saya berjaya menghasilkan biskut yang sedap dan disukai oleh family saya..
Anda pun boleh cuba buat biskut ni..simple dan sedap sangat..tak perlu beli mahal-mahal dan boleh makan puas-puas..
Cuba tau!
Jumpa lagi di entry yang lain ya...c u...
4 ulasan:
kenapa saya buat jadi leper2.. huhuhu. nampak nau tangan tak reti buat kuih kan? hehe.. but, mmg sedap cookies nie.
hehe..percubaan pertama saya jd gtu jugak..bla nk bakar tu kena buat kecik2 je n tinggi sikit..sbb adunan lembik tak boleh letak besar
sedap tu....
nanti nk buat jugak lah...
buat salmizah..jgn tak buat confirm yummy..
Catat Ulasan